Tuesday, November 22, 2011

Harimau baham garuda

Tahniah kepada team Harimau Muda diatas kejayaan menewaskan team garuda Indonesia. Berbaloi rasenye terjerit2 n melompat2 malam td sampai sakit2 pinggang. Lupe sekejap diri nie mengandung. Harimau Muda terbaek!!!!!!!!! Ini lah video gol penyamaan  yang disempurnakan oleh Asrarudin setelah Indonesia pada minit ke 6 dh menjaringkan 1 gol.




Kesian penyokong Indon....

I am back!!!!

Dh hampir 3 bulan ckgu tak update blog nie. Bukan disengajakan, tp cikgu tak larat la.... coz alhamdulillah cikgu disahkan pregnant. Cikgu nie kalau pregnant, 3 bulan pertama memang cikgu menderita sikit la. Badan cikgu akan jadi lemah sangat, muntah2 jgn ckp la... sampai nak masak pun tak boleh. Walau ape pun, sekarang nie cikgu dh ok ckit la. Kandungan cikgu dh menjangkau usia 3 bulan Insyaallah dalam bulan 6 tahun depan cikgu akan melahirkan baby no 3 cikgu nie. Berdebar2 gak rase nie, tp ttp hepi. Doa2kan la kesejahteraan cikgu n baby nie yek.Cikgu survey2 kat internet nk tengok la proses pembesaran baby cikgu nie. Nie la post yg cikgu dapat.....


Week Twelve: Fingernails and toenails appear

  
You are 12 weeks pregnant. (fetal age 10 weeks)
  • The fetus is now about 2.5 inches (6cm) length and weighs about 0.7 ounce (20 g).
  • The feet are almost half an inch (1cm) long.
  • The fetus starts moving spontaneously.
  • The face is beginning to look like a baby's face.
  • The pancreas is functioning and producing insulin.
  • Fingernails and toenails appear.
  • The baby can suck his thumb, and get hiccups.
12 weeks
From this week you may well be able to hear the baby's heart beat through a doppler monitor on your tummy. You will notice that the rate is up to 160 a minute, double that of a normal adult.

Your baby now has a chin and a nose and a facial profile. Vocal chords are complete, and the baby can and does sometimes cry silently. The brain is fully formed, and the baby can also feel pain. The fetus may even suck his thumb.

The eyelids now cover the eyes, and will remain shut until the seventh month to protect the delicate optical nerve fibers. The hair is on the head and the fingers and toes have developed soft nails. The kidneys are developed and begin to secrete urine.
 
The 12 weeks scan [10 weeks fetal age] to the left shows a very active fetus. The mother who can not feel these movements; belly laughs, as she looks at the screen and can see her tiny baby kicking out.
The nuchal translucency (NT) 12 week scan is a routine ultrasound examination carried out at 10 to 14 weeks of gestation.
Most NT ultrasound scans reveal a healthy and normal baby, or sometimes multiples. A standard prenatal ultrasound exam usually takes about 20 - 30 minutes.

Thursday, September 1, 2011

Cerita Hari Raya

Dah beberapa hari cikgu x update blog. Sibuk nau la plak. Nk cite ckit ttg kisah raya cikgu thn nie. Thn nie raya pertama cikgu beraya kat Perak, rumah mak ngan ayah cikgu. Cikgu blk Perak start drpd puasa lg. So, dpt la puasa bbrp hari ngan family kat Perak. Tue yg x update2 blog tue. Dh blk kg... paham2 je la.. Sibuk ngan persiapan raya kat sana... Then, raya ke-2 cikgu blk ke Muar, kg sebelah hubby plak. Sampai muar dlm kul 5 ptg, mlm tue terus gi raya rumah pakcik secara beramai2. Hari nie nk jln raya lg nie... rumah makcik kat Yong Peng plak. Secara beramai2 gak... Serbu... Sblm pegi beraya.. my hubby n adik2  lelaki dia sibuk membetulkn motor kesayangan my hubby..... Itu la motor kenangan dia kata.. Mmg pun... motor tue ajela harta yg kitorg ade masa mula2 bercinta sampai la kahwin... Dh dekat setahun kawin barula kitorg dpt beli sebijik kancil.. tuepun kancil second hand.. Ingat2 blk.. kenangan sungguh la dulu2.. Sbb tue la dia syg sgt kat motor tue.. Taknak beli motor baru, nk motor tue jugak... Nie la gambar diorg tgh betulkan motor kesayangan hubby aku tue.. dh siap betul barule bleh bwk blk Melaka, setelah lama motor tue berada di Muar..





Monday, August 22, 2011


Barangan 1Malaysia di semua kedai Tukar


NAJIB Tun Razak menunjukkan beras yang terdapat di Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Datuk Ameer Ali Mydin (kiri).


KUALA LUMPUR 21 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan bercadang untuk menjual barangan keperluan 1Malaysia di kedai-kedai yang terlibat dengan Projek Transformasi Kedai Runcit (Tukar) di seluruh negara.
Menurut Perdana Menteri, ia bagi membolehkan lebih ramai rakyat berpeluang menikmati harga barangan keperluan 1Malaysia yang ditawarkan jauh lebih rendah berbanding di kedai-kedai biasa.
''Ketika ini terdapat kira-kira 200 kedai Tukar di seluruh negara dengan 300 lagi akan dibuka menjelang akhir tahun ini menjadikan keseluruhannya sebanyak 500 buah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia di Pusat Komuniti Bandar Tun Razak, di sini hari ini.
Kedai Rakyat 1Malaysia di Bandar Tun Razak itu merupakan cawangan kedua kedai 1Malaysia selain di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya yang dibuka pada 22 Jun lalu.
Program Tukar pula merupakan Projek-Projek Permulaan (EPP) yang bertujuan memodenkan operasi kedai runcit tradisional bagi meningkatkan daya saingan dalam persekitaran perniagaan peruncitan yang kompetitif.
Najib menambah, kerajaan dalam masa sama komited untuk memperluaskan rangkaian Kedai Rakyat 1Malaysia dengan cawangan ketiganya yang dijangka dibuka minggu depan di kawasan Pantai Dalam di sini.
''Saya juga mengucapkan terima kasih kepada pasar raya Mydin (Mydin Mohamed Holdings Bhd.) atas kerjasama yang sangat positif dengan kerajaan bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
''Saya percaya sebahagian besar rakyat akan mendapat kepuasan dan manfaat daripada pembukaan Kedai Rakyat 1Malaysia ini," katanya.
Dalam masa sama, Najib sekali lagi menekankan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia adalah satu konsep yang begitu menguntungkan rakyat kerana harga barangan yang dijual jauh lebih rendah berbanding kedai biasa.
Sebagai contoh kata beliau, satu kampit beras super tempatan lima peratus hancur seberat 10 kilogram hanya berharga RM21.99 berbanding RM25.80 di kedai lain.
Dalam perkembangan lain, Najib sekali lagi menegaskan pendirian kerajaan bahawa Jawatankuasa Terpilih Parlimen yang dicadangkan penubuhannya bagi reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem sedia ada tidak baik.

Sunday, August 21, 2011


9 tahun 'dipenjara' azab dunia - Kudus



KUALA LUMPUR 20 Ogos - Berbaju kemeja, seluar panjang lusuh ditambah dengan selipar buruk yang sudah dua tahun tidak berganti, tiada siapa menyangka itulah penampilan terkini bekas Pengarah Penguat Kuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Kapten (B) Abdul Kudus Ahmad.
Destinasi yang hendak dituju lelaki yang cukup digeruni ramai peniaga haram di sekitar Ampang suatu ketika dahulu bukan ke rumah jiran, sebaliknya ke Seremban bagi menziarahi bapa mertuanya dan satu-satunya pilihan untuk ke sana adalah dengan menaiki bas ekspres.
Ini kerana selepas sembilan tahun turun naik mahkamah atas tuduhan rasuah selain turut diisytiharkan muflis, Abdul Kudus hilang segala-galanya sehingga memaksa beliau bergantung kepada pengangkutan awam untuk bergerak.
Namun, selepas hampir sedekad melalui azab dunia, kebenaran akhirnya berpihak kepadanya apabila terbaru, Mahkamah Rayuan memutuskan pemecatan beliau sebagai Pengarah Penguat Kuasa MPAJ lapan tahun lalu tidak sah dan bekas pegawai tentera itu layak menerima pampasan.
"Saya bersyukur kerana akhirnya kebenaran tetap mengatasi kebatilan walaupun kehidupan saya sudah musnah sejak sembilan tahun lalu. Sebenarnya tiada sebab untuk saya bergembira dengan keputusan ini kerana sepanjang sembilan tahun turun naik ke mahkamah, saya sudah 'dipenjara' secara terbuka.
"Saya hilang segala-galanya. Saya hilang isteri (bekas isteri) dan anak-anak (lima orang). Mereka dipisahkan daripada saya kerana bekas isteri malu padahal saya tidak bersalah. Sanak-saudara juga membuang saya daripada hidup mereka sehingga pernah suatu ketika saya hidup sebatang kara.
"Saya juga kehilangan ibu, iaitu satu-satunya insan yang yakin saya tidak bersalah kerana kes ini. Rumah dan kereta juga terpaksa dijual bagi melangsaikan hutang bank sehingga saya terpaksa berjalan kaki," katanya kepada Mingguan Malaysia sambil cuba menahan air mata daripada bercucuran.
Abdul Kudus ketika ditemui di rumah dua bilik yang dihuni bersama isteri dan dua anak berkata, beliau tidak boleh bercerita banyak mengenai arwah ibunya kerana tidak yakin mampu mengawal emosi memandangkan terlalu banyak pengorbanan dibuat sehingga wanita itu 'tewas' akibat terkejut dengan ugutan bunuh yang diterima anaknya.
Ditanya tidakkah keputusan Mahkamah Rayuan itu mampu melegakan beban yang terpaksa ditanggungnya selama ini, beliau yang ketika ini menyara kehidupan dengan memandu teksi berkata, azab belum berakhir kerana kesan daripada pertuduhan rasuah terus menghantui keluarganya (dengan isteri baru).
"Saya masih tidak memiliki kerja tetap yang mampu memberi pendapatan lebih stabil. Kehidupan sebagai pemandu teksi (teksi sewa) cuma cukup untuk tanggung makan dan minum. Sehingga hari ini, yuran sekolah anak-anak masih tertunggak, jauh sekali untuk bercakap soal baju raya baru," katanya.
Bagaimanapun, Abdul Kudus berkata, beliau sedia untuk kembali membuktikan kepada masyarakat yang dirinya menjadi mangsa perangkap dan percaturan pihak tertentu jika ditawarkan oleh MPAJ bagi menerajui kembali unit penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Wednesday, August 17, 2011

Lagi resipi kek lapis masam manis

Resipi nie cikgu baru terjumpe, cam senang gak bahan2 nye... Nk gune resipi yg mana yek?


Bahan2:
·                     340g mentega
·                     170g gula halus
·                     6 biji telur ayam(gred A)
·                     10 sudu makan susu manis
·                     1 sudu teh esen vanilla
·                     170g tepung hong kong/gandum
·                     180g seri kaya(tin kecil)
·                     Pewarna hijau, kuning dan merah
·                     Asam manis secukupnya
Cara2:
1.             Mentega dipukul dengan gula halus sampai kembang.
2.             Masukkan telur satu persatu sampai habis sambil terus dipukul dengan kelajuan perlahan.
3.             Masukkan esen vanila,susu manis, serikaya dan kacau sebati.
4.             Masukkan tepung(yg sudah diayak) sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan adun rata
5.             Bahagikan kepada 3 bahagian: (i) warnakan kuning (ii)warnakan hijau (iii)warnakan merah
6.             Pastikan air kukusan sudah mendidih sebelum mula mengukus.
7.             Kukuskan 3/4 cawan adunan berwarna merah dahulu..setelah masak,kukus pula adunan hijau. Susunkan asam manis barulah masukkan adunan kuning.
8.             Ulangi langkah 7 sehingga adunan habis
9.             Kukus sekurang2nya satu jam selepas lapisan terakhir.